Kempen "UNDILAH BN DEMI UNTUK PEBANGUNAN" untuk dijaja semasa berkempen bukanlah satu strategi yang jitu dan cerdik untuk memenangi hati rakyat.
Memang betul, memang tidak dapat dinafikan yang rakyat mahukan pembangunan. Rakyat sudah matang dan dah boleh menilai sama ada pembangunan-pembangunan itu memenuhi kehendak rakyat ataupun semata-mata pembangunan infrastruktur untuk memperkayakan golongan ningrat, golongan bangsawan UMNO, golongan ELIT UMNO.
Jika setakat pembangunan itu hanya untuk melihat bangunan-bangunan sekolah-sekolah, hospital, stadium dan sebagainya yang tersergam indah dan mewah maka pembangunan seperti itu tidak akan dapat menarik para pengundi untuk menyokong BN.
Walaupun pembangunan itu, kemudahan itu dikehendakki oleh rakyat ianya bersifat sekundari bukannya yang menjadi keutamaan rakyat. Pada pandangan rakyat pembangunan-pembangunan seperti itu hanyalah untuk memperkayakan kroni-kroni UMNO/BN sahaja.
Pembangunan yang menjadi keutamaan rakyat, yang menjadi kehendak rakyat ialah pembangunan yang dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat, untuk rakyat setempat bukannya pembangunan yang hanya dapat melihat bangunan atau jalanraya tetapi tiada peluang pekerjaan yang diujudkan oleh pembangunan itu. Memang betul pembinaan sekolah-sekolah, hospital, stadium dan sebagainya itu dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan, tetapi peluang pekerjaan untuk rakyat setempat adalah sangat terhad dan tidak banyak.
Pembangunan yang dikehendakki oleh rakyat ialah pembangunan yang dapat memberikan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat setempat dan bukannya memerlukan tenaga pakar, tenaga-tenaga terlatih seperti jururawat ataupun guru yang perlu di-impot dari daerah atau kawasan lain.
Contoh-contoh pembangunan yang dikehendakki ialah mendirikan kilang-kilang perusahaan, instituisi pengajian tinggi dan pejabat-pejabat kerajaan. Oleh itu jika kerajaan BN inginkan penduduk sesuatu kawasan itu menyokong mereka, dirikanlah kilang-kilang perusahaan, instituisi pengajian tinggi dan pejabat-pejabat kerajaan dikawasan berkenaan bukannya hanya dikawasan lembah Kelang atau bandar-bandar besar.
Seharusnya kerajaan BN faham dan memahami kehendak rakyat yang dahagakan peluang pekerjaan dikawasan tempat tinggal mereka dan tidak perlu berpindah keluar dari daerah mereka untuk mencari pekerjaan. Perhatikanlah sesuatu kawasan, daerah atau negeri yang mana ramai penduduknya terpaksa berhijrah untuk mencari pekerjaan, maka sukarlah untuk BN untuk memenangi hati pengundi-pendundi dikawasan berkenaan.
Ini adalah kerana penduduk-penduduk yang tidak keluar dari daerah itu tidak ada peluang pekerjaan yang diujudkan untuk mereka, mereka tetap tinggal dalam kesusahan dan terpaksa bekerja sebagai penoreh getah, peniaga kecil ataupun makan gaji dengan gaji yang amat rendah serendah RM350.00 sebulan. Jadi pastinya mereka ini akan jadi penyokong pembangkang dan menentang BN. Begitu jugalah kepada mereka yang terpaksa pergi ke negeri lain untuk mencari pekerjaan, mereka ini tentunya amat marah kepada BN dan tentunya tidak mengundi BN.
Seterusnya negeri-negeri yang mana didirikan terlalu banyak IPTA, IPTS, kilang-kilang dan pejabat juga kemungkinan besar akan jatuh kepada pembangkang kerana pengaruh dan dendam pekerja-pekerja yang terpaksa berhijrah dari negeri mereka untuk mencari pekerjaan. Contohnya Selangor dah pun jatuh kepada pembangkang! Mungkin tak lama lagi Negeri Sembilan juga jatuh kepada pembangkang!
Perhatikan pula negeri-negeri yang mana pembangunan untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat setempat dilakukan dengan pesat, maka negeri -negeri itu bertapak kukuh sebagai sebagai kubu kuat BN. Contohnya Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Walaupun tidak dapat dinafikan terdapat penghijrahan pekerja-pekerja dari Kelantan dan Kedah, tetapi mereka belum lagi menjadi penduduk tetap dan mereka belum lagi menjadi pengundi-pengundi dinegeri-negeri yang disebutkan itu. Mereka masih lagi mendundi ditempat asal mereka di Kelantan dan Kedah. Sebab itu Kelantan dan Kedah dimenangi oleh pembangkang.
Tetapi jika perkara ini dibiarkan lama-lama, pengundi-pengundi dari luar ini akan menjadi penduduk tetap dikawasan mereka bekerja dan tidak lagi mengundi di kampung mereka. Akibatnya akan menyebabkan kekalahan BN seperti yang berlaku di Selangor.
Janganlah anda membuat andaian yang orang-orang Kelantan dan Kedah ini cenderung ke-arah pembangkang. Hakikatnya kedua-dua negeri ini pada masa dahulu mempunyai bilangan penyokong dan penentang BN yang sama banyak. Tetapi akhir-akhir ini dua pertiga penduduk negeri-negeri ini tidak menyokong BN. Sebabnya tidak lain, tidak bukan ialah kerana mereka terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain sehingga ke-Johor untuk mencari pekerjaan. Mereka jadi begitu, kerana keadaan persekitaran. Mereka jadi begitu, kerana tidak ada peluang pekerjaan ditempat sendiri!
Sebaliknya negeri-negeri yang mana penduduknya tidak berhijrah kenegeri lain seperti Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang maka orang-orang Melayu dikawasan itu masih lagi merupakan penyokong kuat BN. Jika BN kalah pun dineger-negeri berkenaan, ianya bukanlah kerana disebabkan oleh orang-orang Melayu tetapi kerana orang-orang bukan Melayu melihat ujudnya perbezaan yang nyata antara golongan pemerentah dengan rakyat, antara golongan bangsawan BN dengan golongan pekerja, antara golongan ningrat BN dengan petani, antara Golongan Elit BN dengan rakyat yang bekerja sendiri.
Sesungguhnya bagi rakyat biasa tidak penting BN ataupun pembangkang. Mereka mengundi pembangkang bukanlah kerana asalnya mereka penyokong parti-part pembangkang. Tetapi adalah untuk menujukkan protes mereka terhadap polisi BN yang menumpukan pembangunan kilang-kilang, pejabat-pejabat kerajaan, IPTA dan IPTS di lembah Kelang sahaja.
Oleh itu seharusnya diingati oleh pemimpin-pemimpin BN bahawa konsep 'PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT MELIHAT BANGUNAN" ditolak oleh rakyat. Apa yang rakyat mahukan ialah "PEMBANGUNAN UNTUK MEMBOLEHKAN RAKYAT DAPAT PEKERJAAN, DAPAT KERJA!"
Rakyat tidak kisah sama ada BN atau pun pakatan pembangkang. Apa yang mereka mahukan ialah peluang pekerjaan untuk membolehkan mereka bekerja bukannya pembangunan yang tidak memberikan mereka apa-apa kerja.
DENGARLAH SUARA RAKYAT, RINTIHAN RAKYAT
No comments:
Post a Comment